masih tetap mahu di sini,
memasak kaki, menyembah bumi.
masih gagah bersama di sini,
memancang kudrat, mengharung duniawi.
kawan itu ada ramai, sayang.
kamu ambillah dan lambung2kan.
dan andai dilempar ke langit seberang,
aku pungutkan dan aku timang-timangkan.
kawan sampai mati.
ini satu janji.
Just For My BFF
Tuesday, 6 May 2014 21:53 | Written by your name 0 comments
Karya Puisi Fyyn Jamal - Cinta Kawan
#Untuk orang yang bergelar KAWAN atau pun kata lain SAHABAT . Kawan dunia akhirat , In Syaa Allah .
Minta Sesaat Lagi
21:36 | Written by your name 0 comments
minta sesaat lagi,
kerana seluruh nafas
selama hidup
telah tertumpah dan terbazir.
minta sesaat lagi,
supaya sempat
aku redhakan
satu persatu getir.
minta sesaat lagi,
untuk aku maknakan
sia-sia nyawaku
dahulu.
minta sesaat lagi,
kau perlu tahu
milik siapa sebenarnya
hati aku.
kerana seluruh nafas
selama hidup
telah tertumpah dan terbazir.
minta sesaat lagi,
supaya sempat
aku redhakan
satu persatu getir.
minta sesaat lagi,
untuk aku maknakan
sia-sia nyawaku
dahulu.
minta sesaat lagi,
kau perlu tahu
milik siapa sebenarnya
hati aku.


