minta sesaat lagi,
kerana seluruh nafas
selama hidup
telah tertumpah dan terbazir.
minta sesaat lagi,
supaya sempat
aku redhakan
satu persatu getir.
minta sesaat lagi,
untuk aku maknakan
sia-sia nyawaku
dahulu.
minta sesaat lagi,
kau perlu tahu
milik siapa sebenarnya
hati aku.
Minta Sesaat Lagi
Tuesday, 6 May 2014 21:36 | Written by your name 0 comments


